Pengalaman Bersalin KPJ Klang |  Tahun 2023

Assalamualaikum untuk pembaca yang sedang mencari info tentang proses bersalin di KPJ Klang. Saya baru je selesai bersalin normal di KPJ Klang pada 7 Febuari 2023 baru ni. Alhamdullilah proses bersalin sangat mudah dan Dr. sangat tenang dalam proses kelahiran di labour room. 



muka pun memang tenang with 69kg

Soalan yang kerap bermain di minda bakal-bakal ibu ialah tentang kos kelahiran apabila pilih untuk bersalin di hospital swasta selain tu juga ialah tentang servis yang diberikan oleh hospital tersebut termasuklah Dr. yang menyambut kelahiran bayi kita nanti kan. Ibu mana yang tak takut nak bersalin uit walaupun yang dah beranak banyak kali pun, bila nak bersalin ni ialah macam nak tercabut nyawa ya.


Hospital swasta banyak merata lagi-lagi di kawasan KL atau Klang ni jadi bila dah banyak lagi banyak la pilihan untuk di survey kan. Saya faham perasaan keliru nak bersalin di mana tu. Saya pernah buat survey antara dua hospital sahaja KPJ dan Avisena. Main ialah kos yang jelas untuk saya betul2 faham dan ready dari extra kos sekiranya ada kemungkinan yang kita tak sedia. Seperti baby perlu extra rawatan atau kita sebagai ibu perlu kan extra warded disebabkan complication dan etc. Jadi untuk ni korang kena survey sendiri betul2 sebab saya tak nak mempengaruhi korang nak bersalin mana. Sebab banyak hospital lain juga yang berikan servis tiptop. Saya ni tulis tentang pengalaman saya dekat KPJ Klang if ada yang tercari info tentang ni tau.

Jadi sekarang ni saya nak kongsi pengalaman saya di KPJ Klang, alhamdullilah sangat tenang bersalin di sana. Saya bersalin dengan Dr. Asmah dan untuk pengetahuan bakal ibu yang nak bersalin di KPJ kita boleh pilih Dr. mana yang kita nak termasuklah Dr. baby yang akan vaksin dan rawat anak kita selepas lahir nanti. 

Soalan femes juga yang kerap ditanya ialah bila start kene daftar di KPJ. Last daftar ialah sebelum week 35 jadi kita akan ada 3x atau 4x check up sehingga tarikh kelahiran. Kalau baby you guys lahir week 37 ke 38 mungkin 2x je la kut check up tapi saya 4x sebab baby saya memang follow due date dia. 

Due date kelahiran dia pula syukurlah baby keluar WEEKDAY! Korang kena tahu yang harga berbeza sekiranya baby keluar pada Weekend ya sebab charge extra akan dikenakan. Memang saya berdoa dan usap2 perut ni cakap dekat baby tolong keluar weekday tau. Syukurla baby dengar kata dan dengan izinNya. 

Sehari sebelum saya warded, suami dan saya perlu buat covid test di Emergency. Suami perlu bayar RM110 dan saya percuma sebab dah termasuk dalam pakej bersalin. Pakej bersalin normal ialah RM3880 tapi korang jangan ingat memang harga ni la ya sebab memang akan ada extra2 sikit kena tambah masa nak discharge nanti. Jadi berdoalah semoga extra-extra tu tak banyak kena tambah. 



Ni harga normal dekat KPJ Klang tapi tak semua KPJ harga sama tau, sebab tu bila korang search website KPJ korang kena search website KPJ area mana. Harga KPJ yang berbeza negeri pun berbeza. Okay saya nak sambung semula pengalaman bersalin saya tadi. 

Selepas sehari sebelum tu buat covid test, result dapat melalui sms. Then keesokkanya saya tariklah luggage saya ni serah diri pukul 9 pagi. Masa pukul 9 pagi tu suami buat bayaran RM3880 seperti dalam pakej tersebut. Extra kos tu nanti bayar masa nak discharge. Ofcoz ada extra kos babe.. 



bayar dulu RM3880 tu yang lain nanti cite 

Dah settle pembayaran nanti ada la assistant datang bawa ke bilik. Lepas tu tunggu lah plan Dr. apa yang nak kena buat sebab saya ni contraction pun takda. Bukaan dari hari Sabtu lepas sehingga ke Selasa 3 cm. Dah warded tu barulah konon-konon nak exercise kan, eah tidak jalan nya dah jadi Dr. plan untuk induce drip (jadi ada la extra kos sini). 



Rileks sangat ya bersalin dekat KPJ ni, saya memang enjoy betul walaupun kena seluk tu menahan uihh. Sebab kan sehingga pukul 12pm bukaan saya slow dan contraction saya masih boleh tahan senyum-senyum jadi Dr. kata macam lambat je nak bersalin ni. Dia tolong pecahkan air ketuban & baby da berak sebab air ketuban dah warna grey sikit, masa ni baru tahu la rasa contraction tu kaw-kaw tu terus datang juga. Waktu ni juga saya panik takut baby tertelan najis. Dalam hati tak putus2 berdoa semoga baby cepat-cepatlah keluar. Dalam pukul 1 bukaan dah mula 9cm. Ready nak push tapi rasa jauh betul perjalanan tu sampaikan kena curi nafas masa push tu. Dr. suruh push cepat2 sebab heart beat baby pun dah low, saya pulak semangat tak nak czer, macam mana pun push habis2 tapi tetap rasa besarnya kepala budak ni, rasa macam nak terkoyak ni weh. Then Dr. pun epi kan juga barulah baby tu keluar. Dr. siap tanya saya makan jamu ke haha. Sumpah tak makan jamu guys. Masa proses bersalin tu saya just ambil gas lalok tu, saya suka gas tu. Walaupun ada masa nurse situ tegur saya jangan sedut dah waktu nak push tu nanti tak rasa contraction, tapi saya jenis degil. Saya sedutt je, sebab saya rasa saya ada skill saya sendiri haha (konon sangat) mana nak tahan weh sakittt sangat. 


Push kali ni memang rasa susah berbanding anak pertama, tu lah jarak 6 tahun kan. Macam beranak anak sulung, suami pun main peranan penting dekat sebelah tolong support. Ada masa saya jerit je tapi ada masa Dr. tegur jangan jerit nanti hilang tenaga tapi saya ni jenis degil juga rasa geram nak jerit saya jerit je. Pukul 2.14pm keluar lah putera kedua dalam keluarga ni. Alhamdullilah walaupun baby dah berak tadi dalam nya tapi dia tak tertelan apa-apa najis. 



syukur Alhamdullilah selesai 

Dr. Asmah pesan anak ketiga nanti jangan jarak jauh sangat. Tiba2 waktu sekarang ni terfikir balik nak tambah lagi ke cukup 2 ketul ni. Apa-apa pun kami tak menolak rezeki yang mendatang. Kalau bersalin kalin ke 3 insyAllah masih pilih Dr. Asmah. Sangat kakak2 dan saya memang selesa sangat dalam setiap sesi consultation dan waktu bersalin. Saya siap cakap Dr. saya nak bersalin waktu ofis hour dan weekday ya. & hopefully tak nak EPI tapi waktu tu Dr. memang dah cuba habis baik, kepala baby memang tersangkut main cak-cak dekat situ. Jahitan Dr cantik dan cepat kering. Cuma servik saya melecet jadi kena extra pantang sikit tapi tak teruk pun Dr. kata kalau koyak lagi lah kena jahit dekat dalam, servik tau bukan tut tu. Ramai sangat salah faham pasal servik ni. 

Tentang extra charge tu pula kalau u guys ada guna peralatan yang tiada dalam pakej. Dan if baby pula kena rawatan luar daripada pakej juga. If semuanya normal sebenarnya harga masih boleh dalam lingkungan korang punya bajet macam tu. Tapi memang dinasihat kan standby 10k just in case tertiba kena czer emergency ke sometimes boleh up to 11k ke atas. 


Jadi korang apa-apa pun kena call tanya betul-betul tempat yang korang nak bersalin tu. Semoga dipermudahkan segala urusan. Saya asalnya update content ni dekat Tiktok tapi tengok blog lama betul tak da cerita baru jadi tulis la sikit sebagai kenangan untuk dibaca. Semoga bermanfaat mana-mana info yang tak detail tu korang roger2 la hospital direct ya, the best is tanya direct dekat nurse yang incharge klinik Dr. yang korang prefer tu. Sebab if tanya general line jawapan akan general je untuk semua Dr. (price Dr. pun berbeza-beza ya)

Cara Tingkatkan Kualiti Tidur Hanya Dengan Eskayvie Mindtropic |  Assalamualaikum semua 

Ramai yang tahu tidur yang berkualiti sangat penting untuk kita semua tapi yang ramai tak tahu cara untuk dapatkan kualiti tidur yang baik sebaiknya macam mana. Jadi hari ni info yang liz akan share hari ni sangat penting untuk anda semua yang mencari jalan untuk mendapatkan kualiti tidur yang baik. Tanda-tanda bandan tak cukup tidur ialah kerap mengantuk, lesu dan pekerjaan yang dilakukan juga tidak produktif.






Data menunjukkan anggaran sebanyak 30% ke 45% daripada golongan dewasa menderita masalah insomnia! 


Penyebab UTAMA ialah teknologi yang kita miliki pada hari ini!

Zaman teknologi di hujung jari ni rata-rata daripada kita akan memicit telefon daripada memicit pasangan masing-masing. Yang mana bujang pula masa dihabiskan pada skrin sehingga la lewat malam hanya untuk berbual dengan pasangan dan sedar-sedar dah lewat malam dan waktu tidur pula menjadi singkat. 



Tak dinafikan liz juga antara salah seorang darinya. Sebelum tidur liz selalu scroll telefon tengok media sosial sampai tak sedar dah lewat malam. Kadang-kadang tu memang leka tengok apa yang di media sosial sampai tak perasan jam dah menunjukkan 1 pagi. Entah kenapa mata jadi segar nak tahu apa yang viral di media sosial sampai jadi leka.

  



Kalau dah lewat malam baru nak tidur lepas tu subuh kena bangkit daripada tidur untuk lakukan rutin harian memang buat liz cepat moody dan mudah stres. Salah sendiri jugak siapa suruh leka mengadap telefon sampai lewat malam. Last-last memakan diri sendiri.


Liz pasti ramai juga yang alami perkara yang sama seperti apa yang liz alami ni. Bila kita terlalu asyik dengan teknologi hari ni, kita jadi leka hingga sanggup berjaga malam semata-mata nak tahu isu semasa dan apa yang viral di media sosial.


Lagi-lagi sekarang ni banyak platform media sosial yang buat kita tak puas nak tengok seperti Facebook, Instagram, Twitter, TikTok & Youtube. Belum lagi yang sanggup tak tidur semata-mata nak main game. Last-last kerja jadi tak produktif.



Pentingnya Tidur Yang Berkualiti


Ramai yang tak tahu apakah manfaat yang kita boleh dapat jika kita dapat tidur yang berkualiti. Pertamanya, mengapa kita perlu tidur? Adakah ia hanyalah sekadar waktu untuk badan kita berehat atau ada sebab lain?


Sekiranya kita faham akan kepentingan tidur yang mencukupi dapat memberi kesan positif kepada kesihatan, pasti ini boleh menjadi langkah pertama untuk meningkatkan kehidupan yang sejahtera secara keseluruhan.


Di bawah ni liz senaraikan kepentingan tidur yang berkualiti. Semoga bermanfaat kepada semua termasuk liz juga.


1. Tidur Mampu Meningkatkan Memori Dan Kebolehan Untuk Belajar 

Kajian menunjukkan tidur memainkan peranan yang cukup penting dalam aspek memori, sekali gus mempengaruhi kebolehan seseorang untuk belajar. Otak kita menjalani pelbagai aktiviti semasa tidur.


2. Tidur Dapat Mengawal Selera Makan


Tidur mampu mengatur selera makan dan mempengaruhi metabolisme anda. Terdapat 2 jenis hormon yang mempengaruhi kelaparan iaitu Ghrelin dan Leptin. Apabila tidak tidur dengan cukup, jumlah hormon ghrelin akan meningkat lantas merangsang selera makan.


Ini menjelaskan mengapa kekurangan tidur berisiko boleh menyebabkan berat badan naik. Ouch! Sesiapa yang kurangkan berat badan kena la tidur awal ya.


3. Tidur Meningkatkan Kualiti Kesihatan Kulit


Orang yang kekurangan tidur akan menggalakkan badan untuk menghasilkan hormon kortisol, yang juga dikenali sebagai ‘hormon stres.’ Antara manfaat kepentingan tidur yang cukup adalah, ia dapat menyingkirkan cecair lebihan di dalam badan. Bukan hanya perlu mendapatkan tidur malam yang cukup, melakukan rutin penjagaan wajah sebelum tidur juga dapat memaksimumkan lagi kesihatan kulit.



Dapatkan Tidur Berkualiti & Mencukupi, Bagaimana Caranya?



Liz telah diperkenalkan dengan produk terbaru daripada Eskayvie iaitu Eskayvie Mindtropic. Seperti ramai yang tahu, Eskayvie telah menghasilkan beberapa produk suplemen kesihatan yang semakin mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia. Antara yang terlaris adalah Eskayvie Diffenz.



Eskayvie Mindtropic diformulasikan oleh Formulator Produk Kesihatan Terlaris Di Malaysia, Eskayvie Diffenz iaitu Dr Syid Ayob, seorang doktor perubatan yang berpengalaman lebih 30 tahun dalam bidang perubatan. Ia dihasilkan dengan menggunakan bahan-bahan utama 100% semula jadi yang halal serta selamat diambil. Satu lagi produk berkualiti keluaran Eskayvie.



5 BAHAN UTAMA ESKAYVIE MINDTROPIC


Phosphatidylserine


        Komponen utama yang penting untuk bina otak dan galakkan sel otak berhubung. 

        Faktor pemakanan, penuaan dan stres berterusan menyebabkan bahan ini jadi tak mencukupi sehingga menjejaskan kesihatan minda.

        Ujian klinikal mendapati Phosphatidylserine ni boleh REVERSE keadaan otak jadi 14 tahun LEBIH MUDA daripada usia sebenar. 

        Di samping itu ia turut membantu melaraskan pengeluaran bahan kimia otak seperti neurotransmitter bagi melancarkan fungsi otak, menceriakan dan memastikan tahap berfikir berada pada tahap optima.



Ashwagandha KSM-66



        Indian ginseng yang dah diguna pakai lebih 3000 tahun untuk merawat stres, meningkatkan tenaga dan baiki tumpuan.

        Khasiatnya terletak di bahagian akar dan beri kesan adaptogen (bahan yang melawan/melegakan kesan stres).

        Boleh kurangkan paras kortisol (hormon stres) dalam darah sekaligus melegakan stres, anxiety dan depression.

        Turut beri kesan positif terhadap hubungan seksual lelaki dan wanita.




Bacopa Monnieri




        Digunakan dalam perubatan Ayurveda untuk menyokong 3 komponen utama iaitu pembelajaran, menghafal dan mengingat. 

        Membantu menyokong minda yang terkesan akibat brain fog.

        Menggalakkan penghasilan serotonin (hormon gembira) sekaligus membantu menstabilkan mood & beri rasa gembira.

        Menggalakkan pertumbuhan unjuran sel-sel otak untuk berhubung supaya dapat menyokong otak memproses maklumat dan berfikir dengan lebih mantap.




Magnesium



        Master mineral terpenting untuk badan. Namun, 75% individu kekurangan mineral ini yang bersifat anti keradangan dan berfungsi melindungi otak. 

        Menggalakkan neuronal plasticity bagi meningkatkan kebolehan otak untuk melaraskan keupayaan berfikir dan daya ingatan.

        Kekurangan magnesium dikaitkan dengan kesukaran tidur dan masalah mental (e.g migraine, halusinasi, nyanyuk, celaru, mudah marah dsb).




Selenium


 

        Tinggi kesan antioksidan dan antiradang yang melindungi otak daripada kerosakan dan penyakit seperti Alzheimer, nyanyuk dsb.

        Menyokong pembentukan sel-sel otak baru dan sihat.


Kelebihan Eskayvie Mindtropic



        100% Bahan Semula Jadi

        Rasa Tropika Yang Enak

        Tanpa Perasa & Pewarna Tiruan

        Tanpa Gula Tambahan

        Pengiktirafan Kilang oleh European Quality Award




Manfaat Eskayvie Mindtropic

 

  1. Mengatasi gejala Brain Fog
  2. Merangsang perkembangan sel otak
  3. Menguatkan memori
  4. Lebih fokus dan meningkatkan daya tumpuan
  5. Menjadikan mood & emosi lebih terkawal
  6. Membantu dapatkan tidur yang lebih lena
  7. Menjadikan lebih ceria & gembira
  8. Meningkatkan kesihatan tulang & otot

 

Cara Pemakanan



Cara pemakanan Eskayvie Mindtropic ni sangat mudah kerana ianya dalam bentuk tablet kunyah dan sesuai diambil tanpa air.

Bagi orang dewasa berumur 18 tahun dan ke atas, disyorkan untuk ambil 1 tablet, 2 kali sehari selepas makan.

Manakala bagi kanak-kanak yang berumur 13 hingga 17 tahun pula disyorkan ambil 1 tablet sehari selepas sarapan pagi.



Cara penyimpanan: Simpan di bawah suhu 30°C dan lindungi daripada cahaya dan kelembapan.



Feedback Pengguna

Di bawah ni liz kongsikan antara feedback pengguna Eskayvie Mindtropic. Ramai yang berkongsi keberkesanan produk ini memudahkan mereka dapat tidur yang lebih lena selepas mengamalkannya.

 


 




Dari feedback-feedback pengguna yang liz kongsikan diatas ni, ramai yang berikan respon yang positif selepas amalkan Eskayvie Mindtropic. Kebanyakkan mereka kini lebih mudah tidur malam dan dapat tidur yang lena. Bila badan dapat rehat yang secukupnya, badan akan lebih bertenaga sekaligus dapat mengawal emosi.


 


Tonton video diatas ni bagaimana Puan Siti Zubaidah, 39 tahun mengalami anxiety hingga sukar tidur malam menyebabkan Puan Siti Zubaidah asyik nak marah je. Tetapi selepas diperkenalkan dengan Eskayvie Mindtropic dan mengamalkannya, Puan Siti Zubaidah kini lebih mudah tidur, dapat tidur yang berkualiti serta dapat mengawal emosinya.



Hidup Ceria Dengan Tidur Yang Berkualiti


Dengan kemudahan teknologi di mana segala maklumat dihujung jari menjadikan kita mudah mendapatkan maklumat pada bila-bila masa dan dimana-mana sahaja. Ramai yang menggunakan waktu sebelum tidur untuk dapatkan maklumat isu semasa terkini dan apa yang viral berlaku di media sosial.


Namun, dengan teknologi ini juga ia memberikan kesan yang buruk kepada pengguna jika terlalu asyik dan leka kerana rasa ingin tahu serta tidak ingin ketinggalan menjadikan kita terlalu asyik dengan media sosial hingga mengabaikan waktu tidur. Maka terjadinya insomnia.


Ramai yang tidak sedar, ia akan memberikan kesan buruk kepada diri jika ia berlarutan. Kesan ini bukan sahaja pada diri sendiri malahan pada orang sekeliling kita. Jika tak cukup tidur, badan cepat rasa letih, mudah marah, moody dan sebagainya menjadikan apa yang kita lakukan serba tak kena dan memberi kesan pada orang lain.


Dengan Eskayvie Mindtropic, ia dapat membantu kita untuk mudah tidur dan dapatkan tidur yang lena untuk memastikan minda dan badan kita dapat rehat yang secukupnya untuk lakukan aktiviti harian dengan lebih bertenaga dan produktif.


Bagi yang berminat nak tahu lagi mengenai Eskayvie Mindtropic, korang boleh klik link dibawah untuk dapatkan maklumat lanjut.


 

Website: www.eskayvie.com 

Instagram: https://www.instagram.com/eskayviemalaysia_/ 

Facebook: https://www.facebook.com/eskayviemalaysiaofficialhq 

 


#EskayvieMindtropic #JanganStresStres

CARA BAYAR BIL UITM MENGGUNAKAN I-AKAUN KWSP | 

Assalamualaikum & Hi .. Jom liz share cara liz bayar bil UiTM Iceps liz 


Langkah pertama : Klik SINI akan bawa u guys ke portal bawah ni. Yang liz bulatkan ni sila tekan dan pilih BIL PELAJAR



Langkah kedua : Selepas klik Bil Pelajar, u guys akan nampak details seperti di bawah ini. 




Perkara penting untuk rujukan bayaran ialah nombor bil. Nombor bil tu yang kita akan guna untuk bayar di KWSP nanti (bayar secara online sahaja). Tak perlu ke kaunter pun tau. Itu laa setakat bil yang liz dah bayar semenjak sambung belajar ni, beribu-ribu dah rupanya.

Langkah ketiga : Liz akan ke portal i-akaun (KWSP). Klik SINI akan jumpa portal seperti di bawah. Masukkan login id dan kata laluan u guys.


Selepas berjaya log in ke portal i-Akaun KWSP, u guys terus klik WITHDRAWAL seperti gambar di bawah ni. Di bawah contoh withdrawal type yang liz dah buat untuk education dan Approved. Kalau nak buat permohonan baru, u guys klik NEW APPLICATION 


Bila dah klik New Application tu, u guys akan nampak gambar seperti di bawah ni. Withdrawal Type : Education then tekan Next sebab kita nak buat bayaran iceps kan. Jangan pula pilih salah. 



Follow je Step 1 > Step 2 > Step 3 > sampai Step 4 okay guys.

KWSP akan minta TAC bila u guys dah sampai ke Step 4. Masukkan betul2 no bil dan amount bil ya. Lepas tu dah siap seperti gambar di bawah. Nanti boleh recheck semula status Bil Pelajar di Portal Langkah Pertama tadi Iceps dalam masa 3 hari bekerja macam tu. 



Semoga membantu u guys nampak sedikit gambaran macam mana buat pembayaran Iceps yang menggunakan i-Akaun KWSP ni. Bagi yang tak biasa, mungkin benda ni baru dan u guys rasa was-was lagi. Take your time. Lama-lama nanti korang dah tahu proses ni mudah je. 

Review : Pedicure Menicure SCM | iNail SCM 

Assalamualaikum korang, i nak share experienced dengan u all if u are looking a place for pedicure menicure boleh juga cuba di INail SCM. Bawah ni alamat dia, senang sangat lokasi nya depan Nandos, around Mcd area sana tu, area hujung wing lama. Macam i hari tu datang hari tu tak payah book pun, just walk in tapi pagi la i datang hari tu pukul 10.30 but then lepas tu tak putus2 customers masuk dan yang i perasan ialah customers yang datang situ semuanya yang dah biasa datang. Regular customers macam tu dan dah auntie2 sikit (malay tau) maybe sebab nak raya kan jadi diorang nak memasak dengan kuku kaki yang cantik hoho. Termasuklah i, tapi i buat pedicure je (bahagian kaki) 

Kalau korang nak tahu, pedicure ialah treatment kuku kaki dan menicure ialah treatment kuku tangan. Haaa just in case korang baru lagi dengar kan. Jangan salah request pula nanti lain pula service u all dapat.

AlamatLG-45, Setia City Mall


Price utk i-Nail ni dekat kaunter, jadi u all kene walk in masuk dan tengok if survey for price. Ada certain place, mereka dah letak siap board dekat wall senang nak tengok but no worries, i dah snap siap2 utk korang survey dan tengok2. Harga dia dekat kedai mana2 pun sama around SCM ni tapi yang beza maybe service each of them laa.



Kalau korang buat pedicure biasa utk potong kuku dan kilatkan kuku bersihkan apa yang patut tu harga dia RM75 tapi utk lelaki kene add on RM5 jadi RM80, kesian jadi lelaki hahaha. 

Tapi i masa ni i tak buat pedicure biasa, therapist ni rekemen dekat i buat scrub dan mask sebab tengok kaki i kering sangat. Kalau korang ambil service scrub dengan masking ni akan ada massage2 sikit tapi massage dia tak tak puas laa, haha i macam nak lagii lama la kalau boleh. Tapi itu la, kalau nak massage lama kene pergi kedai urut la kan. Sini massage tapak kaki dan tumit dalam 3 minit je, tapi rasa lega sangat sebab bila waktu scrub dan urut tu memang best giler feeling dia. Selepas dah scrub tu nanti, pakai mask dekat kaki. Haaa mask ni untuk buang sel kulit mati. Scrub liz pilih flavor Green Tea, dia ada few option juga macam lavender dan lemongrass. Masa pakai mask ni dalam 15-20 minit juga tau, sejuk je kaki. Pakai nya dari lutut hingga ke kuku haa. Mask ni pun green tea juga, kiranya if u choose 1 set green tea, dia dari scrub, mask dan lotion ialah green tea. 

Then lepas scrub tu, diorang pakaikan lotion dekat kaki i. Seronok ya ada orang pakai kan lotion utk kita. Rasa setiap bulan nak pergi sini. Tapi in total haaa price dia memang suami i tak leh tahu la.. Walaupun guna duit sendiri tapi price dia tu RM350 heheh lepas lah nak beli sebiji handbag C&K .. 


Kalau korang datang sini untuk buat menicure, kaunter dia dekat belakang, tapi if pedicure bahagaian dalam dan dia berselindung sikit ada wall macam tu, jadi even tho dia dekat mall, tidaklah orang lalu lalang nampak kaki u. 


Dekat dua jam juga laa, pukul 12 baru siap, then baru la rushing pergi fetch anak balik sekolah hehe. Lepas ni nak try dekat tempat lain pula. Nanti dah try i buat review lagi okay. 


Cantik kan, tapi mampu tengok je.. as we muslim membazir kalau buat ni nanti nak solat susah.. 





ANDRA GULA CAKERY ECO ARDENCE - REVIEW


Assalamualaikum & Hi .. Lamanya tak tulis blog, rindunya nak bermonolog dalam ni, kalau ada orang baca alhamdullilah this post untuk korang yang nak tahu review tentang best ke tidak makanan dekat Andra Gula Cakery ni.


Dia ada dua cawangan yang liz tahu, Eco Ardence (Setia Alam) & Eco Grandeur (Puncak Alam) bila restoran ni dekat dalam Eco, korang faham je la harga makanan dia macam mana ya. *Tapi bebaloiii sebab sedap! Dekat Tropicana Mall pun ada lah u all, Kota Kemuning, KL East Mall, IOI City Mall, dah 6 cawangan rupanya ..


Liz dah beberapa kali ke Andra ni tapi belum berkesempatan pergi bersama keluarga, jadi last Monday. Liz bawa husband dan anak ke sini, celebrate birthday husband yang ke 3X .. Walaupun kami datang weekday, tapi kami reserve table juga, sebab tempat ni memang tak putus orang datang makan..


Salah 1 sebab pilih dekat sini ialah, restoran ni bukan dalam Mall. Jadi nak parking senang, terus masuk kedai, suasana malam pun indah2 je dekat sini, sesuai utk kaki Ootd.


Liz reserve 815pm dan liz lewat dalam 5 minit macam tu, then dah dapat call, kalau u lewat 10 minit, table ni akan di release kepada customers lain tau jadi jangan lewat ya.


Sementara tunggu makanan, boleh koran berbomerang ke, bergambar ke macam2 laaa & makanan dorang pun laju sampai. Walaupun customers dorang full. Itu yang I suka laa dekat sini, sebab bila u bawa budak, u tak boleh lama sangat tunggu makanan ni. Jadi since dekat sini ada kek, better la korang order kek nya. I suggest korang order *Pavlova ( must try )





Sedap sangatt ya, bila u nampak anak u makan happy, feeling mak ni lagi la happy tengok anak seronok. Kitorang pilih Pavlova chocolate, dia ada dua jenis tau, normal or chocolate punya. Rasanya tak manis, rangup dan lembut, alahaii rasa nak order pula malam-malam ni makan sambil tulis blog ni. Harga RM18 sepotong. *Bebaloiii guys ..


Gambar dua atas yang cantik ni ialah daripada video yang direkod candid oleh staff Andra, I sebagai customer yang kaki photo memang overload happy laaa kan.. Cantik pula tu..



Muzaffar makan spegatti kids RM13 macam tu, bebaloi daging pun banyakkk, sampai take away, sambung makan pagi esoknya lagi. Jadi utk kids, kalau anak korang tak makan pasta tu macam pening sikitlah kepala hehe.. tapi ada menu nasi putih RM5 dan korang kena add on ayam popcorn, sebab budak2 ni liz faham jugalah, ada jenis yang takda ayam goreng tak boleh makan kan..




Liz try best seller Swedish Meatball RM30
Superbb guys, sedap giler.. I rasa seminggu sekali pun boleh makan ni, tak payah pergi ikea dah kalau teringin sangat, daging lagi extra lembut dan tak berbau kuat macam Ikea punya.. All superbbb ! Wajib try ni kalau datang okay





Jenis2 Pasta dekat sini. 


Banyak giler makanan yang sedappp! Husband I order fish & chip, sos dia sedappp giler weh dip, anak I pun suka sangat makan. RM33


Korang boleh visit IG dorang utk tengok menu, sesekali bawa family celebrate birthday ke nak lepak makan2 dengan kawan pun okay sangat. Liz pun banyak lagi makanan yang tak pernah try, InsyAllah akan visit lagi. Anak liz pun memang suka ais krim dekat sini sebab banyak ais krim yang unik2.



Lastly, happy birthday again husband.