PENGALAMAN KE PAMERAN PENGANTIN
FEBRUARY 2016 | Bakal-bakal pengantin yang takda
idea macam liz ni sesuai sangat pergi Pameran Pengantin sebab korang akan dapat
banyak idea apa yang perlu dan apa yang tak perlu semasa majlis korang nanti. Tapi
sebenarnya bila pergi ke pameran pengantin ni selalunya, apa yang tak perlu
tiba-tiba jadi teringin pula.
Kawal! Jangan cepat buat
keputusan terburu-buru untuk say YES dengan vendor dekat sana. Apa yang perlu
korang buat ialah ambil sebanyak mungkin flyers dan tester yang diberi oleh
vendor kepada korang. Walaupun sebelum dapat macam-macam free gift korang terpaksa
tadah telinga untuk dengar mereka buat tawaran seumur hidup gitu. Kiranya kalau
korang tak grab sekarang esok lusa tak dapat dah tawaran hebat tu. Rileks ye
kakak-kakak abang-abang. Biar lambat asal selamat!
Sebab sekurang-kurangnya korang
boleh dengar apa tawaran setiap vendor yang berbeza-beza. Masa tu korang dah
boleh bandingkan harga dan tawaran tersebut dengan vendor-vendor yang lain.
Kalau korang dah tahu hasil kerja vendor yang ada dekat situ lagi bagus dan kalau dah yakin dengan vendor tu tak payah fikir-fikir dah. Grab terus apa-apa
promosi. Tapi macam liz, liz tak pernah dengar dan tak tahupun hasil kerja
vendor-vendor tu macam mana, jadi how to say YES.
Dekat pameran tu memang lah yang cantik-cantik
belaka di bawa dan pamernya. Tapi review dari customer kita tak tahu lagi. Jadi
peluang business card yang liz kutip dekat sana tu liz buat research dekat
Google, FB, Ig dan yes liz dah jumpa hasil vendor yang buat baju, pelamin, photographer
dan lain-lain yang mengikut cita rasa liz.
Dan apa yang liz rancang selepas
ni ialah untuk walk in ke butik-butik mereka.
Liz dilemma dengan konsep PACKAGE atau Ala- Cart. Contohnya la kan,
package ada Pelamin, Make up, Photgrapher siap lengkap bawah 1 harga. Tapi kalau pelamin cantik dan make up kelaut
macam mana? Pernah tak terfikir macam yang liz fikir ni wahai bakal-bakal
pengantin sekalian?
Jadi bertenang lah liz ~ Lambat
lagi majlis nya dan banyak lagi masa untuk buat persiapan. Kalau kakak-kakak atau adik-adik yang ada pengalaman butik mana best untuk cover majlis di Kuala Lipis. Bagitau liz tau.
Ni lah hasilnya daripada pergi ke Pameran Pengantin. Haha dapat gambar free. Benda ni semakin femous dah dekat wedding-wedding, tetamu boleh datang bergambar dan lekatkan di Guest Book. Pengantin boleh tengok gambar dorang sambil baca wishes mereka. Best kan? Kalau korang berminat boleh contact di www.tapsnapphotobooth.com atau di talian 019-4301 275 / 017-2951 709 .. Kalau ada mana-mana photobooth buat pameran dekat pameran pengantin rasa nak menyelit lagi. Hehe. Seronok kut main benda ni.
Ni lah hasilnya daripada pergi ke Pameran Pengantin. Haha dapat gambar free. Benda ni semakin femous dah dekat wedding-wedding, tetamu boleh datang bergambar dan lekatkan di Guest Book. Pengantin boleh tengok gambar dorang sambil baca wishes mereka. Best kan? Kalau korang berminat boleh contact di www.tapsnapphotobooth.com atau di talian 019-4301 275 / 017-2951 709 .. Kalau ada mana-mana photobooth buat pameran dekat pameran pengantin rasa nak menyelit lagi. Hehe. Seronok kut main benda ni.
Bye. See you in the next post.
Wahhh! Bakal Pengantin ni. Thanks for the tips liz. Sian tunang dia kena buh pelekat dekat muka. Kekekekee..
ReplyDeleteTpksa ltk sticker, dia xsk expose hihi.
Delete